Sunday, April 5, 2015

Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma



Suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA) Malaysia bakal mengadakan temuduga bagi latihan separa perubatan bertaraf diploma tahun 2015. Anda kini boleh menyemak, mana tahu jika anda turut terlibat dalam temuduga latihan separa perubatan bertaraf diploma ini.

Anda boleh semak pada link dibawah ini.

=> SEMAK TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Tahniah, jika anda berjaya. Dapatkan panduan temuduga bagi latihan separa perubatan bertaraf diploma DISINI.


Monday, February 16, 2015

Strategi Kerja Kosong

----------
Tips #1
- Hadir selalu ke Karnival Kerjaya
----------

Alert dengan Karnival Kerjaya.
Setiap program akan ada kerjaya
untuk anda. Serius

Di mana nak cari maklumat berkaitan
Karnival kerjaya?

1 - Laman Jobsmalaysia.gov.my
2 - Google



Untuk Google gunakan keyword dan
masukkan TAHUN. Contoh;

>> Karnival Kerjaya 2015
>> Career Fair 2015
>> Jobs Fair 2015

----------
Tips #2
- Mohon melalui Platform
----------

Wednesday, February 11, 2015

Contoh Resume Terbaik Untuk Kerja Kerajaan

Terdapat beberapa contoh diluar sana berkenaan resume untuk kerja kerajaan. Dibawah ini saya terangkan beberapa contoh dan perkara dalam resume anda perlu ada untuk mencapai status resume terbaik untuk dipersembahkan kepada panel penemuduga dan bakal majikan anda. Seperti yang ramai ketahui, permohonan dan temuduga jawatan kosong kerajaan Malaysia sekarang dikendalikan oleh satu badan bebas iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). 

Walaupun permohonan secara online, akan tetapi pada masa temuduga memerlukan resume untuk memudahkan pihak panel penemuduga. 

Antara Contoh Perkara Penting Perlu ada Dalam Resume Kerja Kerajaan


1. Nama Penuh Anda.

2. Objektif Kerjaya Anda.

3. Alamat Semasa, No Telefon & Alamat Emel Aktif.

4. Kelebihan Anda - Tonjolkan kelebihan dan kekuata yang ada pada diri anda.

5. Latar Belakang Akademik Anda.

Tuesday, February 10, 2015

Variasi Resume - Kunci Resume Kerja Berjaya

Varia Variasi.. Variasikan resume anda. Pastikan resume anda BERBEZA untuk  setiap jawatan dan setiap syarikat atau kementerian yang anda pohon. Define betul-betul career objective  anda supaya selari dengan jawatan dan  syarikat yang anda pohon

Juga kalau boleh pada ruangan 'skill' atau 'seminar/workshop' bersesuaian  dengan jawatan. Ini penting untuk  penemuduga nampak anda sebagai ASET kepada syarikat jangan dicampur adukkan semua sekali dari zaman sekolah hingga zaman universiti.

Jangan buat satu resume dan cetak 20 salinan untuk dihantar kepada  20 syarikat berbeza..

Hishhhh! Jangan buat macam tu ya! Tak elok untuk kesihatan, eh silap.. pasti resume anda dibakul sampahkan terlebih awal oleh staf yang terima urusan tersebut. Kalau buat juga, jangan salahkan mereka, salahkan diri anda terlebih dahulu.

Ikut kajian, kebanyakan calon tidak  dipanggil ke temuduga adalah disebabkan  resume mereka. Jangan ambil mudah dalam menulis  resume. Anda akan terkejut sebenarnya  banyak perkara yang perlu dititiberatkan dalam penulisan ini.

42,918 Graduan Tidak Dipanggil Temuduga



Dalam 'tracer study' Kementerian untuk graduan mendapati seramai 42,918 orang graduan gagal mendapat  kerja walaupun dah 6 bulan tamat pengajian Fakta ini menyedihkan, seakan institusi pendidikan kita gagal atau kerajaan yang gagal dalam  menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan

Apa yang menarik, atas sebab  isu ini maka setiap tahun ada sahaja kajian mengenai pengangguran graduan dilakukan. Nama pun kajian, maka banyaklah idea-idea yang 'bombastik' dikeluarkan  untuk bantu 'kebolehpasaran'  graduan.

3 Perkara Tidak Perlu Ada Dalam Resume Kerja Terbaik



Dewasa ini dalam permohonan kerja samada kerajaan atau swasta memerlukan kepada resume kerja yang terbaik di mata bakal majikan atau juga panel penemuduga. Admin sendiri melalui zaman hantar resume dan menunggu panggilan temuduga. Alhamdulillah, disenarai pendek untuk hadir temuduga, dari sektor kerajaan dan juga swasta. Keduanya memerlukan resume kerja terbaik, yang boleh memberikan keunikan dan juga menangkap 'mata' penemuduga, orang putih kata 'eye catching'.

Dibawah ini saya kongsikan beberapa senarai perkara mungkin anda pandang ringan dalam resume anda, tetapi ianya memberikan impak yang besar.


1. Tidak Perlu Letak Emel Kebudakan

Emel kebudakan yang dimaksudkan seperti sayang_cinta11@yahoo.com dan banyak lagi. Biasa anda juga jumpai alamat emel rakan anda. Tidak salah untuk guna alamat tersebut, akan tetapi binalah alamat emel khas untuk permohonan kerja dan lebih formal serta profesional. Seperti mohd87@yahoo.com

2. Tidak Perlu Font Ketinggalan Zaman

Font ketinggalan zaman seperti Times New Roman sudah biasa kita lihat. Sebaliknya gunalah font yang terkini seperti Arial dan banyak lagi. Pastikan juga ianya mudah dibaca oleh sesiapa sahaja, jangan gunakan font fancy.

Monday, February 9, 2015

Resume Kerja Memikat Majikan



Resume kerja adalah satu bentuk pernyataan ringkas dan detail tentang maklumat peribadi diri calon yang memohon kerja, maklumat ringkas seperti nama, alamat asal, alamat semasa, umur, pendidikan, pengalaman kerja, kelebihan diri dan sebagainya. Ianya juga boleh diibaratkan sebagai satu kertas kerja, jika anda pernah rancang kertas kerja pasti tahu apa yang perlu dipersembahkan kepada bakal majikan seorang calon.

Majikan akan terpikat kepada persembahan resume kerja yang menarik mereka untuk menilai atau mengetahui serba ringkas mengenai diri calon tersebut sebelum dipanggil kepada sesi seterusnya iaitu temuduga. Selain itu, majikan dapat memilih calon yang bersesuaian dan tepat dengan maklumat yang terdapat pada resume kerja calon tersebut.

TIPS UNTUK MEMIKAT BAKAL MAJIKAN

1. Menulis resume kerja dengan baik, seperti menulis surat kepada kekasih hati. Tidak perlu terlalu meleret. Penting padat dan ringkas.

2. Jika resume anda yang terbaik sekalipun, bukan jaminan untuk dapat pekerjaan tersebut. Anda perlu lalui tapisan kedua iaitu temuduga oleh bakal majikan. Anda perlu bersedia untuk menjawab soalan temuduga dengan lebih baik. Nilai kejujuran anda juga akan diuji pada saat ini.

3. Langkah terakhir adalah berserah dan tawakal.

Sunday, February 8, 2015

Peperiksaan SPA Perangkawan Gred E41

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan terutama perangkawan Gred E41. 

Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Perangkawan Gred E41.

Peperiksaan ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. 

Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. 

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.