Dewasa ini dalam permohonan kerja samada kerajaan atau swasta memerlukan kepada resume kerja yang terbaik di mata bakal majikan atau juga panel penemuduga. Admin sendiri melalui zaman hantar resume dan menunggu panggilan temuduga. Alhamdulillah, disenarai pendek untuk hadir temuduga, dari sektor kerajaan dan juga swasta. Keduanya memerlukan resume kerja terbaik, yang boleh memberikan keunikan dan juga menangkap 'mata' penemuduga, orang putih kata 'eye catching'.
Dibawah ini saya kongsikan beberapa senarai perkara mungkin anda pandang ringan dalam resume anda, tetapi ianya memberikan impak yang besar.
1. Tidak Perlu Letak Emel Kebudakan
Emel kebudakan yang dimaksudkan seperti sayang_cinta11@yahoo.com dan banyak lagi. Biasa anda juga jumpai alamat emel rakan anda. Tidak salah untuk guna alamat tersebut, akan tetapi binalah alamat emel khas untuk permohonan kerja dan lebih formal serta profesional. Seperti mohd87@yahoo.com
2. Tidak Perlu Font Ketinggalan Zaman
Font ketinggalan zaman seperti Times New Roman sudah biasa kita lihat. Sebaliknya gunalah font yang terkini seperti Arial dan banyak lagi. Pastikan juga ianya mudah dibaca oleh sesiapa sahaja, jangan gunakan font fancy.
3. Tidak Perlu Letak Hobi
Hobi anda simpanlah sebagai pengetahuan diri anda dan juga keluarga. Bakal majikan tidak ingin ambil tahu hobi anda tersebut. Apa yang penting etika dan boleh buat kerja mengikut jawatan kosong yang ditawarkan.
Bina resume anda sekarang dan juga kemaskini bagi yang sudah ada resume kerja terbaik. Seterusnya memohon pada jawatan kosong yang anda berminat dan ditawarkan. Semoga berjaya.
Akhir sekali, dibawah ini (banner) anda boleh dapatkan panduan resume kerja terbaik. Lengkap dari A hingga Z, ianya telah terbukti berjaya kepada calon pekerja yang menghantar kepada bakal majikan mereka. Dapatkan sekarang untuk promosi bulan Februari 2015 ianya PERCUMA.
No comments:
Post a Comment