Thursday, February 5, 2015

Tindakan Positif Hasil Positif




Langkah terbaik untuk melihat pemikiran anda sama ada di tahap yang sihat dan positif adalah dengan melihat bagaimana anda bertindakbalas terhadap sesuatu kejadian kepada diri anda. Huraian dibawah tindakan positif hasil positif.


Apa sahaja perkara yang berlaku kepada diri anda, ia juga ada kemungkinan berlaku kepada orang lain. Bezanya adalah bagaimana anda bertindakbalas. 


Adakah anda terima dengan hati terbuka atau anda meraung tanda kecewa? Mereka yang mencapai pelbagai kejayaan memilih untuk memberi tindakbalas yang positif bagi setiap apa yang menimpa diri mereka.

Semua yang berlaku, baik atau buruk semuanya mempunyai hikmah tersembunyi. Sentiasa bersangka baik dan yakin ia satu proses pembelajaran untuk mencapai lebih lagi kejayaan.

Dengan sikap positif dan pemikiran yg positif pasti akan membuahkan hasil yang terbaik diatas kesabaran anda.

No comments:

Post a Comment