ANDA TERTEKAN ATAU STRESS?
1. Secara logiknya apabila anda stress sama ada di institusi pengajian tinggi atau di tempat kerja atau di rumah, ada sesuatu yang menekan emosi anda.
2. Tekanan fizikal buatkan anda rasa sakit pada luaran. Apabila diubati, diberi rehat, tekanan pada fizikal akan rasa kelegaannya. Anda tidur dan rehat secukupnya. Kemudian bangun, fizikal anda cergas kembali.
3. Tekanan pada emosi atau mental buatkan anda tertekan sentiasa selagi puncanya tidak diubati dengan segera. Ini boleh buatkan tahap kesabaran anda mungkin tercabar.
4. Kenalpasti apakah punca sebenar yang mengganggu fikiran anda, emosi anda. Ini sangat penting! Dengan mengenalpasti punca sebenar, anda mampu mengubati dengan segera sebelum ia menjadi lebih besar dan lebih tertekan.
5. Jika ditempat kerja anda menjadi mangsa gosip pejabat, atau politik pejabat, kenalpasti siapa yang menjadi punca sebenar anda. Adakah diri anda sendiri? atau Adakah ada pihak kedua yang kurang senang dengan pencapaian anda?
6. Jika ia bermula daripada diri anda, ambil masa telitikan tindak tanduk anda yang lepas. Jika ia tidak disenangi, ubah tindak tanduk anda segera. 98% reaksi orang terhadap kita adalah disebabkan tindak tanduk kita. Change Yourself First, Then People Will Change.
7. Jika ia disebabkan orang lain kurang berpuas hati dengan kejayaan anda, itu bukan masalah anda! Itu masalah mereka. Teruskan berusaha hingga mereka tidak dapat mengejar kejayaan anda. Mereka akan terpinga-pinga!
8. Stress kerja terlalu banyak di pejabat? Ini bab pengurusan diri. Semua orang mempunyai masa yang sama 24 jam sehari, 8 Jam sehari bekerja normal. Dahulukan kerja yang perlu disiapkan dan kemudiankan yang kemudian. Ikut priority tugasan.
9. Jika masih banyak kerja, berbincang dengan ketua anda ditempat kerja. Maklumkan kepadanya situasi anda. Mungkin mereka perlukan staff tambahan atau anda perlu diberikan kerja lebih masa - overtime.
10. Bersukan selepas waktu pejabat. Bercuti sementara untuk rehatkan minda. Atau jika anda masih stress setelah mencuba perkara di atas, berkemungkinan besar anda memerlukan persekitaran baru - Tukar kerja, tukar jabatan, tukar kawan, tukar sikap anda.
11. Bagi yang beragama Islam, perbanyakkan amalan. Berzikir, solat sunat, menghayati Al-Quran. Berkemungkinan hati kita sunyi, lapar, dahaga. Jamahkan hati kita dengan amalankan kebaikan. Perbaiki hubungan kita dengan Maha Pencipta. InsyaAllah berjaya!
No comments:
Post a Comment