Anda pernah hadapi situasi ini? Dilema memilih antara dua. Ketahuilah setiap keputusan yang bakal anda buat akan mempengaruhi seluruh perjalanan hidup anda.
Telitilah satu per satu kelebihan setiap daripada pilihan anda. Dapatkan pandangan daripada mereka yang benar-benar arif tentang situasi anda. Ikutilah gerak hati anda kerana itulah jawapannya.
Jika fikiran masih lagi di dalam dilema, tiada kedengaran suara hati anda, mohonlah kepada yang Maha Esa. Percayalah, anda akan diberi kekuatan hati yang nyata.
No comments:
Post a Comment