Monday, February 9, 2015

Resume Kerja Memikat Majikan



Resume kerja adalah satu bentuk pernyataan ringkas dan detail tentang maklumat peribadi diri calon yang memohon kerja, maklumat ringkas seperti nama, alamat asal, alamat semasa, umur, pendidikan, pengalaman kerja, kelebihan diri dan sebagainya. Ianya juga boleh diibaratkan sebagai satu kertas kerja, jika anda pernah rancang kertas kerja pasti tahu apa yang perlu dipersembahkan kepada bakal majikan seorang calon.

Majikan akan terpikat kepada persembahan resume kerja yang menarik mereka untuk menilai atau mengetahui serba ringkas mengenai diri calon tersebut sebelum dipanggil kepada sesi seterusnya iaitu temuduga. Selain itu, majikan dapat memilih calon yang bersesuaian dan tepat dengan maklumat yang terdapat pada resume kerja calon tersebut.

TIPS UNTUK MEMIKAT BAKAL MAJIKAN

1. Menulis resume kerja dengan baik, seperti menulis surat kepada kekasih hati. Tidak perlu terlalu meleret. Penting padat dan ringkas.

2. Jika resume anda yang terbaik sekalipun, bukan jaminan untuk dapat pekerjaan tersebut. Anda perlu lalui tapisan kedua iaitu temuduga oleh bakal majikan. Anda perlu bersedia untuk menjawab soalan temuduga dengan lebih baik. Nilai kejujuran anda juga akan diuji pada saat ini.

3. Langkah terakhir adalah berserah dan tawakal.


Akhir sekali, anda perlu bersedia untuk temuduga. Itu perkara yang terpenting dalam sesi mendapat pekerjaan yang terbaik. Anda juga boleh dapatkan contoh resume dan panduan lebih jelas pada banner dibawah. Sila KLIK ianya PERCUMA.


No comments:

Post a Comment