Thursday, February 5, 2015

Impian Menjadi Kenyataan




Sejak daripada kecil lagi kita ada banyak angan-angan, impian. Lihat sahaja rancangan Ultraman Taro, Gaban dan superpower lain, habis sahaja rancangan masing-masing bertebaran keluar rumah ikat towel dibelakang leher.
.
Ada yang melompat-lompat, ada yang panjat ke atas pokok. Begitu juga bagi perempuan yang bermain masak-masak dengan impian besar nanti ingin jadi seorang chef yang berjaya.
.
Tiba pada usia yang meningkat, ramai yang berhenti berangan-angan. Mereka keliru dengan angan-angan Mat Jenin dan angan-angan yang sebenar hingga takut untuk cuba berangan-angan.
.
Ketahuilah, banyak kejayaan bermula dengan angan-angan yang nampak biasa tetapi mencipta kejayaan yang luar biasa. Usah berhenti berangan-angan. Beranikan diri berangan-angan dan cipta jalan menuju ke arahnya.
.
You can do it!

No comments:

Post a Comment