Anda seorang pelajar fizik? Prinsip Bernoulli mengatakan sesuatu yang berkelajuan tinggi menghasilkan tekanan yang rendah. Prinsip ini digunakan secara meluas dalam bidang penerbangan sehingga hari ini.
.
Tekanan yang rendah di atas sayap memaksa tekanan tinggi dibawah sayap mengapungkan kapal terbang di udara. Untuk terus maju dalam hidup, sentiasa lakukan tindakan ke arah kejayaan dengan pantas. Ya...pantas melihat peluang yang ada.
.
Mereka yang berjaya sentiasa pantas melakukan tindakan. Bak kata pepatah orang tua, "Siapa cepat dia yang dapat". Pantas bertindak buatkan banyak kejayaan bertekanan tinggi mengapungkan diri anda tinggi ke atas. Atas itu kekayaan!
.
FAKTA CONCORDE
================
.
Concorde adalah sebuah pesawat penumpang berkelajuan supersonik 1350mph = 2172.614 kmph. Boleh membawa 100 penumpang dan 9 krew. Melakukan penerbangan dari London ke New York (5567.11km) dengan hanya 3.5 Jam sahaja berbanding pesawat Boieng 747 (7.5 Jam penerbangan).
.
Ia seperti jarak perjalanan dari Perlis ke Johor sebanyak 7 kali dalam masa 3.5 Jam perjalanan. Ya...sangat pantas! Terlibat dalam satu nahas penerbangan pada 25 Julai 2000 - Air France Flight 4590 yang mengorbankan kesemua penumpang dan krew. Perkhidmatan Concorde kini telah ditamatkan pada 26 Nov 2003.
No comments:
Post a Comment