Wednesday, February 11, 2015

Contoh Resume Terbaik Untuk Kerja Kerajaan

Terdapat beberapa contoh diluar sana berkenaan resume untuk kerja kerajaan. Dibawah ini saya terangkan beberapa contoh dan perkara dalam resume anda perlu ada untuk mencapai status resume terbaik untuk dipersembahkan kepada panel penemuduga dan bakal majikan anda. Seperti yang ramai ketahui, permohonan dan temuduga jawatan kosong kerajaan Malaysia sekarang dikendalikan oleh satu badan bebas iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). 

Walaupun permohonan secara online, akan tetapi pada masa temuduga memerlukan resume untuk memudahkan pihak panel penemuduga. 

Antara Contoh Perkara Penting Perlu ada Dalam Resume Kerja Kerajaan


1. Nama Penuh Anda.

2. Objektif Kerjaya Anda.

3. Alamat Semasa, No Telefon & Alamat Emel Aktif.

4. Kelebihan Anda - Tonjolkan kelebihan dan kekuata yang ada pada diri anda.

5. Latar Belakang Akademik Anda.

6. Pengalaman Bekerja Lepas dan Semasa.

7. Kemahiran Komputer & Kemahiran Bahasa Anda.

8. Rujukan Bersesuaian dan Tertinggi.

Berkenaan bahasa, anda boleh tulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Terpulang kepada anda. Bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris, saya syorkan anda tulis dalam bahasa melayu. Dan sebaliknya. Mengikut pengalaman saya sendiri semasa temuduga jawatan kerajaan, panel penemuduga akan bersoal jawab dalam bahasa yang anda gunakan dalam resume kerja kerajaan terbaik anda.


No comments:

Post a Comment