Thursday, February 5, 2015

Tips Persediaan Temuduga Kerja Kosong



BERSEDIA UNTUK DITEMUDUGA?

Apabila anda tahu apa yang panel temuduga anda harapkan, temuduga anda akan menjadi lebih mudah. Persoalannya adalah bagaimana nak tahu?

Ini memerlukan kerja yang lebih tekun. Anda perlu ingat, tiada satu perkara pun yang mudah tanpa kerja keras. Mulakan dengan membaca untuk ilmu dan praktik untuk pengalaman.

1. Dapatkan apa-apa sahaja rujukan ilmiah tentang hal ehwal temuduga. Ilmu membuka banyak peluang kejayaan.

2. Laburkan masa, wang ringgit anda untuk keuntungan kemudian. Kejayaan memerlukan pakej pelaburan ini.

3. Hadir ke temuduga tanpa apa-apa harapan yang tinggi menggunung.



Niat temuduga adalah medan untuk anda praktikkan ilmu anda. Selepas satu temuduga, apa yang anda telah praktik tadi dipanggil pengalaman. Ilmu dan pengalaman membina persediaan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dan berpendapatan lumayan.

No comments:

Post a Comment