KERJA BANYAK...PERLUKAN OVERTIME?
1. Nanti dulu! Kerja yang dilakukan pada waktu overtime ini adalah kerja-kerja tambahan yang tidak dapat disiapkan pada waktu bekerja normal 8 pagi - 5 petang sahaja.
2. Hanya majikan anda sahaja yang berhak meluluskan kerja lebih masa ini. Sebagai pekerja, anda hanya boleh memohon.
3. Sebelum memohon overtime, pastikan anda telah berusaha menyiapkan kerja pada waktu pejabat terlebih dahulu. Jangan sengaja melewat-lewatkan kerja pada waktu kerja biasa dengan niat untuk dapat bekerja pada waktu overtime nanti. Ini penipuan kepada syarikat!
4. Jika ini berlaku, anda bukan sahaja menipu syarikat malah anda menipu gaji bulanan anda sendiri. Walaupun anda menerima gaji lebihan pada hujung bulan nanti dek kerana overtime, adakah lebihan yang anda dapat itu berkat untuk anda dan keluarga?
5. Jika terdapat kerja yang perlu disiapkan segera sebelum esok, berbincanglah dengan majikan anda untuk siapkan kerja pada waktu overtime nanti.
6. Jika ia kurang penting atau ia adalah kerja harian biasa anda, siapkan pada masa bekerja normal sahaja. Anda tidak perlukan kerja lebih masa di sini.
7. Kerja lebih masa bermakna syarikat mengeluarkan kos lebihan ke atas diri anda untuk menyiapkan kerja yang amat penting atau kerja yang memberi keuntungan, kepentingan kepada syarikat sahaja.
8. Bekerja dengan hati yang ikhlas. Rancang masa kerja anda. Semua orang mempunyai 8 jam yang sama untuk bekerja dan dibayar dengan nilai sepatutnya.
9. Pekerja yang ikhlas, ada keberkatan dalam rezekinya. Apabila berkat, pelbagai rezeki lain datang dengan izinNya. Ia datang lebih hebat daripada bayaran kerja lebih masa yang diada-adakan sahaja.
No comments:
Post a Comment