Adakah ini scenario anda? Apabila tamat sahaja pendidikan di peringkat menengah, anda tercari-cari institusi pengajian tinggi manakah untuk anda melanjutkan pengajian.
.
Kos pendidikan di peringkat rendah mahupun menengah adalah kos yang masih boleh ditanggung oleh keluarga. Hanya menjangkau ratusan ringgit. Ia berbeza pula bagi kos pendidikan peringkat tinggi yang menjangkau puluhan ribu ringgit.
.
Hanya sesetengah ibubapa sahaja mampu menanggung kos pendidikan anak mereka. Mereka yang lain akan mula mencari pinjaman pelajaran bernilai puluhan ribu ini bagi meneruskan pelajaran dengan harapan mendapat pekerjaan yang baik serta gaji yang lumayan bagi membayar kembali pinjaman.
.
Disebabkan pelbagai faktor di pasaran, permintaan dan penawaran, faktor perkembangan teknologi yang menurunkan penggunaan tenaga manusia dan pelbagai lagi, ada sesetengah graduan tercicir di perjalanan selepas tamat pengajian mereka.
.
Dengan tekanan pinjaman pelajaran, faktor gaya hidup dan keadaan ekonomi semasa, ia memberikan tekanan yang hebat kepada anak muda yang bergelar graduan yang baru sahaja mula mengenali dunia pekerjaan, dunia berdikari.
.
Pandang dari sudut positif anda bakal mendapat jawapan yang positif. Begitu juga sebaliknya jika anda memandang dari sudut negatif. Jika ini yang berlaku kepada anda, apakah solusinya? Cipta kejayaan cemerlang untuk menukar status pinjaman kepada biasiswa atau tambah cabang pendapatan anda.
No comments:
Post a Comment