Thursday, February 5, 2015

Gaji Murah Vs Kerja Banyak



OH TIDAK...WANG DAH HABIS !!!
1. Bertenang! Ini bukan masalah anda seorang. Ramai yang menghadapi situasi kehabisan duit gaji sebelum tiba gaji berikutnya.
2. Jika ini masalah anda buat pertama kali, tidak mengapa. Perbaiki bajet bulanan anda dan berbelanjalah mengikut apa yang anda rancangkan.
3. Jika masalah ini sudah bertahun-tahun anda hadapi, ini bermakna anda tidak belajar daripada pengurusan wang anda pada bulan lepas atau tahun lepas. Anda membiarkan gumpalan salji menjadi bebola gergasi!
4. Dengan pertambahan ahli keluarga, kos barangan, jarak tempat kerja, kos persekolahan anak dan sewaktu dengannya tanpa ada pertambahan pendapatan, ini boleh merungsingkan anda.
5. Bertenang! Anda ada 2 cara bagi mengatasi cabaran hidup ini. Pertama, kurangkan berbelanja. Kedua, tambahkan pendapatan anda. Cara kedua lebih mencabar kesungguhan anda.
6. Manusia adalah makhluk yang penuh dengan emosi. Emosi manusia berbeza antara lelaki dan wanita. Wanita lebih hebat emosinya. Dari segi emosi, golongan wanita lebih suka berbelanja daripada golongan lelaki.
7. Pilihan untuk kurangkan berbelanja adalah sementara sahaja. Lama-kelamaan, anda harus memilih pilihan kedua juga iaitu meningkatkan pendapatan anda. Tingkatkan pendapatan anda melalui belajar melakukan jualan kecil-kecilan.
8. Melompat kerja untuk mendapat gaji yang lebih besar satu usaha yang kurang digalakkan. Ini kerana misi utama anda adalah wang, bukannya tanggungjawab. Wang yang tinggi dibayar untuk kerja yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Anda mungkin dikecewakan!
9. Money is Power! Apabila anda mempunyai wang dan lebihan wang, motivasi anda meningkat. Keyakinan diri anda turut bertambah. Dalam fikiran anda "Money is secondary". Perkara pertama anda mungkin mencari kebahagiaan, kebajikan atau ketenangan.
10. Namun, janganlah menjadi bertambah boros. Berbelanja mengikut bajet perancangan anda juga. Jika anda bertambah boros dengan bertambahnya wang anda, ia seolah-olah hidup anda tidak berubah. Anda masih ditahap sama! Ini amat merugikan usaha anda.

No comments:

Post a Comment