Tuesday, February 10, 2015

Variasi Resume - Kunci Resume Kerja Berjaya

Varia Variasi.. Variasikan resume anda. Pastikan resume anda BERBEZA untuk  setiap jawatan dan setiap syarikat atau kementerian yang anda pohon. Define betul-betul career objective  anda supaya selari dengan jawatan dan  syarikat yang anda pohon

Juga kalau boleh pada ruangan 'skill' atau 'seminar/workshop' bersesuaian  dengan jawatan. Ini penting untuk  penemuduga nampak anda sebagai ASET kepada syarikat jangan dicampur adukkan semua sekali dari zaman sekolah hingga zaman universiti.

Jangan buat satu resume dan cetak 20 salinan untuk dihantar kepada  20 syarikat berbeza..

Hishhhh! Jangan buat macam tu ya! Tak elok untuk kesihatan, eh silap.. pasti resume anda dibakul sampahkan terlebih awal oleh staf yang terima urusan tersebut. Kalau buat juga, jangan salahkan mereka, salahkan diri anda terlebih dahulu.

Ikut kajian, kebanyakan calon tidak  dipanggil ke temuduga adalah disebabkan  resume mereka. Jangan ambil mudah dalam menulis  resume. Anda akan terkejut sebenarnya  banyak perkara yang perlu dititiberatkan dalam penulisan ini.

Soalan temuduga spontan daripada penemuduga adalah datangnya dari resume. Jadi jika anda buat salah pada resume, ianya akan membunuh anda! Juga jika anda masukkan terlalu banyak maklumat ke dalam resume, ia akan mengundang masalah kepada anda;

- Resume terlalu crowded.
- Banyak soalan spontan penemuduga.

Tulis resume pada standard yang betul dan konten yang tepat. Selain itu, gunakan bahasa tinggi. Tinggalkan bahasa loghat negeri, daerah atau seangkatan dengannya.

Untuk anda yang serius nak tulis resume dan lulus PINTU UTAMA, ini rujukan untuk anda; sila klik pada banner dibawah ini, anda akan dibawa ke laman seterusnya.


No comments:

Post a Comment