Monday, February 16, 2015

Strategi Kerja Kosong

----------
Tips #1
- Hadir selalu ke Karnival Kerjaya
----------

Alert dengan Karnival Kerjaya.
Setiap program akan ada kerjaya
untuk anda. Serius

Di mana nak cari maklumat berkaitan
Karnival kerjaya?

1 - Laman Jobsmalaysia.gov.my
2 - Google



Untuk Google gunakan keyword dan
masukkan TAHUN. Contoh;

>> Karnival Kerjaya 2015
>> Career Fair 2015
>> Jobs Fair 2015

----------
Tips #2
- Mohon melalui Platform
----------

Wednesday, February 11, 2015

Contoh Resume Terbaik Untuk Kerja Kerajaan

Terdapat beberapa contoh diluar sana berkenaan resume untuk kerja kerajaan. Dibawah ini saya terangkan beberapa contoh dan perkara dalam resume anda perlu ada untuk mencapai status resume terbaik untuk dipersembahkan kepada panel penemuduga dan bakal majikan anda. Seperti yang ramai ketahui, permohonan dan temuduga jawatan kosong kerajaan Malaysia sekarang dikendalikan oleh satu badan bebas iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). 

Walaupun permohonan secara online, akan tetapi pada masa temuduga memerlukan resume untuk memudahkan pihak panel penemuduga. 

Antara Contoh Perkara Penting Perlu ada Dalam Resume Kerja Kerajaan


1. Nama Penuh Anda.

2. Objektif Kerjaya Anda.

3. Alamat Semasa, No Telefon & Alamat Emel Aktif.

4. Kelebihan Anda - Tonjolkan kelebihan dan kekuata yang ada pada diri anda.

5. Latar Belakang Akademik Anda.

Tuesday, February 10, 2015

Variasi Resume - Kunci Resume Kerja Berjaya

Varia Variasi.. Variasikan resume anda. Pastikan resume anda BERBEZA untuk  setiap jawatan dan setiap syarikat atau kementerian yang anda pohon. Define betul-betul career objective  anda supaya selari dengan jawatan dan  syarikat yang anda pohon

Juga kalau boleh pada ruangan 'skill' atau 'seminar/workshop' bersesuaian  dengan jawatan. Ini penting untuk  penemuduga nampak anda sebagai ASET kepada syarikat jangan dicampur adukkan semua sekali dari zaman sekolah hingga zaman universiti.

Jangan buat satu resume dan cetak 20 salinan untuk dihantar kepada  20 syarikat berbeza..

Hishhhh! Jangan buat macam tu ya! Tak elok untuk kesihatan, eh silap.. pasti resume anda dibakul sampahkan terlebih awal oleh staf yang terima urusan tersebut. Kalau buat juga, jangan salahkan mereka, salahkan diri anda terlebih dahulu.

Ikut kajian, kebanyakan calon tidak  dipanggil ke temuduga adalah disebabkan  resume mereka. Jangan ambil mudah dalam menulis  resume. Anda akan terkejut sebenarnya  banyak perkara yang perlu dititiberatkan dalam penulisan ini.

42,918 Graduan Tidak Dipanggil Temuduga



Dalam 'tracer study' Kementerian untuk graduan mendapati seramai 42,918 orang graduan gagal mendapat  kerja walaupun dah 6 bulan tamat pengajian Fakta ini menyedihkan, seakan institusi pendidikan kita gagal atau kerajaan yang gagal dalam  menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan

Apa yang menarik, atas sebab  isu ini maka setiap tahun ada sahaja kajian mengenai pengangguran graduan dilakukan. Nama pun kajian, maka banyaklah idea-idea yang 'bombastik' dikeluarkan  untuk bantu 'kebolehpasaran'  graduan.

3 Perkara Tidak Perlu Ada Dalam Resume Kerja Terbaik



Dewasa ini dalam permohonan kerja samada kerajaan atau swasta memerlukan kepada resume kerja yang terbaik di mata bakal majikan atau juga panel penemuduga. Admin sendiri melalui zaman hantar resume dan menunggu panggilan temuduga. Alhamdulillah, disenarai pendek untuk hadir temuduga, dari sektor kerajaan dan juga swasta. Keduanya memerlukan resume kerja terbaik, yang boleh memberikan keunikan dan juga menangkap 'mata' penemuduga, orang putih kata 'eye catching'.

Dibawah ini saya kongsikan beberapa senarai perkara mungkin anda pandang ringan dalam resume anda, tetapi ianya memberikan impak yang besar.


1. Tidak Perlu Letak Emel Kebudakan

Emel kebudakan yang dimaksudkan seperti sayang_cinta11@yahoo.com dan banyak lagi. Biasa anda juga jumpai alamat emel rakan anda. Tidak salah untuk guna alamat tersebut, akan tetapi binalah alamat emel khas untuk permohonan kerja dan lebih formal serta profesional. Seperti mohd87@yahoo.com

2. Tidak Perlu Font Ketinggalan Zaman

Font ketinggalan zaman seperti Times New Roman sudah biasa kita lihat. Sebaliknya gunalah font yang terkini seperti Arial dan banyak lagi. Pastikan juga ianya mudah dibaca oleh sesiapa sahaja, jangan gunakan font fancy.

Monday, February 9, 2015

Resume Kerja Memikat Majikan



Resume kerja adalah satu bentuk pernyataan ringkas dan detail tentang maklumat peribadi diri calon yang memohon kerja, maklumat ringkas seperti nama, alamat asal, alamat semasa, umur, pendidikan, pengalaman kerja, kelebihan diri dan sebagainya. Ianya juga boleh diibaratkan sebagai satu kertas kerja, jika anda pernah rancang kertas kerja pasti tahu apa yang perlu dipersembahkan kepada bakal majikan seorang calon.

Majikan akan terpikat kepada persembahan resume kerja yang menarik mereka untuk menilai atau mengetahui serba ringkas mengenai diri calon tersebut sebelum dipanggil kepada sesi seterusnya iaitu temuduga. Selain itu, majikan dapat memilih calon yang bersesuaian dan tepat dengan maklumat yang terdapat pada resume kerja calon tersebut.

TIPS UNTUK MEMIKAT BAKAL MAJIKAN

1. Menulis resume kerja dengan baik, seperti menulis surat kepada kekasih hati. Tidak perlu terlalu meleret. Penting padat dan ringkas.

2. Jika resume anda yang terbaik sekalipun, bukan jaminan untuk dapat pekerjaan tersebut. Anda perlu lalui tapisan kedua iaitu temuduga oleh bakal majikan. Anda perlu bersedia untuk menjawab soalan temuduga dengan lebih baik. Nilai kejujuran anda juga akan diuji pada saat ini.

3. Langkah terakhir adalah berserah dan tawakal.

Sunday, February 8, 2015

Peperiksaan SPA Perangkawan Gred E41

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan terutama perangkawan Gred E41. 

Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Perangkawan Gred E41.

Peperiksaan ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. 

Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. 

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ’Assessment Centre’ akan ditemu duga.

Thursday, February 5, 2015

Hadapi Cabaran Mendapat Kerja?



ANDA RUNSING DENGAN HIDUP ANDA? Tips dibawah ini juga sesuai jika anda hadapi cabaran bagi mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

1. Bertenang! Semua orang menghadapi situasi ini.


2. Anda duduk bersendiri terlebih dahulu, catatkan sebanyak mana perkara yang merunsingkan anda di atas sehelai kertas dari atas ke bawah.



3. Tandakan tahap kerungsingan anda dari level 1 - 10 pada setiap perkara yang merungsingkan itu. Tahap 10 paling anda runsing.

Panduan Pemilihan Tali Leher Untuk Temuduga



PEMILIHAN TALI LEHER KE TEMUDUGA

1. Faktor pemakaian dalam temuduga amat penting kerana ia imej peribadi anda termasuklah tali leher.


2. Pakai baju berwarna kosong atau plain colour. Gayakan dengan tali leher berwarna lebih terang daripada warna baju anda.


3. Jika baju anda plain kosong, gayakan tali leher berwarna plain kosong juga atau bercorak tetapi lebih terang warnanya berbanding baju anda.



4. Jika anda keliru, pasangkan tali leher anda dan dapatkan pandangan 5 orang tentang pemakaian anda.

Cara Atasi Tekanan Tempat Kerja



ANDA TERTEKAN ATAU STRESS?

1. Secara logiknya apabila anda stress sama ada di institusi pengajian tinggi atau di tempat kerja atau di rumah, ada sesuatu yang menekan emosi anda.

2. Tekanan fizikal buatkan anda rasa sakit pada luaran. Apabila diubati, diberi rehat, tekanan pada fizikal akan rasa kelegaannya. Anda tidur dan rehat secukupnya. Kemudian bangun, fizikal anda cergas kembali.

3. Tekanan pada emosi atau mental buatkan anda tertekan sentiasa selagi puncanya tidak diubati dengan segera. Ini boleh buatkan tahap kesabaran anda mungkin tercabar.

4. Kenalpasti apakah punca sebenar yang mengganggu fikiran anda, emosi anda. Ini sangat penting! Dengan mengenalpasti punca sebenar, anda mampu mengubati dengan segera sebelum ia menjadi lebih besar dan lebih tertekan.

Tips Persediaan Temuduga Kerja Kosong



BERSEDIA UNTUK DITEMUDUGA?

Apabila anda tahu apa yang panel temuduga anda harapkan, temuduga anda akan menjadi lebih mudah. Persoalannya adalah bagaimana nak tahu?

Ini memerlukan kerja yang lebih tekun. Anda perlu ingat, tiada satu perkara pun yang mudah tanpa kerja keras. Mulakan dengan membaca untuk ilmu dan praktik untuk pengalaman.

1. Dapatkan apa-apa sahaja rujukan ilmiah tentang hal ehwal temuduga. Ilmu membuka banyak peluang kejayaan.

2. Laburkan masa, wang ringgit anda untuk keuntungan kemudian. Kejayaan memerlukan pakej pelaburan ini.

3. Hadir ke temuduga tanpa apa-apa harapan yang tinggi menggunung.

Mengapa Perlu Kerja Lebih Masa / Overtime



KERJA BANYAK...PERLUKAN OVERTIME?

1. Nanti dulu! Kerja yang dilakukan pada waktu overtime ini adalah kerja-kerja tambahan yang tidak dapat disiapkan pada waktu bekerja normal 8 pagi - 5 petang sahaja.

2. Hanya majikan anda sahaja yang berhak meluluskan kerja lebih masa ini. Sebagai pekerja, anda hanya boleh memohon.

3. Sebelum memohon overtime, pastikan anda telah berusaha menyiapkan kerja pada waktu pejabat terlebih dahulu. Jangan sengaja melewat-lewatkan kerja pada waktu kerja biasa dengan niat untuk dapat bekerja pada waktu overtime nanti. Ini penipuan kepada syarikat!

4. Jika ini berlaku, anda bukan sahaja menipu syarikat malah anda menipu gaji bulanan anda sendiri. Walaupun anda menerima gaji lebihan pada hujung bulan nanti dek kerana overtime, adakah lebihan yang anda dapat itu berkat untuk anda dan keluarga?

5. Jika terdapat kerja yang perlu disiapkan segera sebelum esok, berbincanglah dengan majikan anda untuk siapkan kerja pada waktu overtime nanti.

Gaji Murah Vs Kerja Banyak



OH TIDAK...WANG DAH HABIS !!!
1. Bertenang! Ini bukan masalah anda seorang. Ramai yang menghadapi situasi kehabisan duit gaji sebelum tiba gaji berikutnya.
2. Jika ini masalah anda buat pertama kali, tidak mengapa. Perbaiki bajet bulanan anda dan berbelanjalah mengikut apa yang anda rancangkan.
3. Jika masalah ini sudah bertahun-tahun anda hadapi, ini bermakna anda tidak belajar daripada pengurusan wang anda pada bulan lepas atau tahun lepas. Anda membiarkan gumpalan salji menjadi bebola gergasi!

Angan Kerjaya Hebat Menjadi Kenyataan



Masih ingatkah zaman kanak-kanak anda? Kebanyakan daripada pencapaian anda sekarang datangnya daripada imaginasi anda sewaktu kecil lagi.

Imaginasi sewaktu kecil anda dipengaruhi oleh apa yang anda lihat. Anda kagum melihat kejayaan orang disekeliling anda. Mahu menjadi peniaga, polis, bomba, jurutera dan sebagainya.

Gunakan kembali kekuatan imaginasi anda. Beriringan dengan doa kepada yang Berkuasa dan mulakan usaha dengan penuh tenaga. Dengan izinNYA, kejayaan akan tercipta.

Memilih Kerja Terbaik



Anda pernah hadapi situasi ini? Dilema memilih antara dua. Ketahuilah setiap keputusan yang bakal anda buat akan mempengaruhi seluruh perjalanan hidup anda.

Telitilah satu per satu kelebihan setiap daripada pilihan anda. Dapatkan pandangan daripada mereka yang benar-benar arif tentang situasi anda. Ikutilah gerak hati anda kerana itulah jawapannya.

Jika fikiran masih lagi di dalam dilema, tiada kedengaran suara hati anda, mohonlah kepada yang Maha Esa. Percayalah, anda akan diberi kekuatan hati yang nyata.

Kejayaan Bukan Untuk Di Sombongi




Siapa kita sekarang adalah hasil keputusan kita sebelum ini. Kejayaan atau kegagalan juga adalah hasil keputusan dan tindakan kita di hari semalam. Itu sudah pasti!
.
Kejayaan bukan sesuatu yang harus kita sombongi, mendabik dada mahupun menongkat dagu tanda tersangat bangganya kita. Kegagalan pula bukan sesuatu yang harus kita sesali namun harus diperbaiki.
.
Usah lupa siapa kita, daripada mana kita bermula. Kerana itu membuatkan diri kita sentiasa berjaga-jaga takut riak takabur menguasai jiwa.

Ciri-Ciri Kejayaan




Seorang pelajar di sekolah akan digelar sebagai seorang yang bijak apabila mempunyai keupayaan menghafal yang tinggi, menjawab soalan dengan tepat dan mendapat pencapaian cemerlang dalam setiap peperiksaan.
.
Pelajar universiti akan diiktiraf sebagai pelajar cemerlang apabila menerima anugerah dekan setiap kali peperiksaan semester dan mencapai CGPA 4.0 pada akhir semester pembelajaran.
.
Dalam dunia persekolahan, ciri-ciri itulah dikira sebagai kejayaan. Namun, dunia selepas persekolahan menganugerahkan kejayaan kepada mereka yang mempunyai ilmu perniagaan yang tinggi, kemahiran berfikir secara kreatif yang dapat membina wang berjuta-juta. 


Mereka mempunyai kemahiran dan keberanian yang tinggi.

Temuduga Kerja Atas Talian(Online)




Malaysia kini ke arah meningkatkan kelajuan internet. Setiap tahun pelbagai fasiliti dibangunkan dan ditambahbaik bagi kemudahan semua pihak. Ini sesuatu yang membanggakan.
.
Dengan perkembangan teknologi ini, gaya hidup juga kian berubah. Si Isteri mula membeli belah secara online. Majikan menemuduga calon pekerjanya melalui Skype. Majikan memantau pekerja mereka di mana-mana sahaja setiap hari hanya melalui talian CCTV online.
.
Walaupun ia mempengaruhi gaya hidup namun jika anda sebagai seorang calon temuduga, ciri-ciri pemilihan tetap sama. Majikan akan tetap mencari anda yang mempunyai kelebihan yang menguntungkan mereka. Inilah cabaran anda!

Menambah Nilai Tambah Diri



Tanpa keberanian anda tidak mungkin capai kejayaan yang anda inginkan. Keberanian lahir daripada niat yang kuat untuk mencapai satu-satu impian.

Keberanian tanpa ilmu membawa anda ke jalan buntu. Alangkah sayangnya jika anda mempunyai keberanian tetapi tiada usaha menambah ilmu pengetahuan.

Keberanian penting. Ilmu pengetahuan lebih penting! Anda bakal hasilkan perubahan yang membanggakan dengan adanya keberanian yang didorong oleh ilmu pengetahuan.

Kesabaran Dalam Mendapat Pekerjaan Terbaik




Ramai yang kurang sabar dalam usaha mencapai kejayaan. Anda mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya tetapi tiada kesabaran yang tinggi. Ini boleh mematahkan semangat anda sendiri.
.
Tidak sabar dalam proses mencari kerja. Tidak sabar untuk dapat pekerjaan sedangkan hanya sekali dua sahaja hadir temuduga sudah mengeluh kecewa. 
.
Kesabaran dapat memberi anda ruang untuk berfikir dengan tenang sebelum melakukan apa-apa tindakan ke arah kejayaan. Belon panas tidak dapat terbang tinggi jika pemandunya tidak sabar menunggu udara panas diisi penuh di dalamnya.
.
Salah satu pakej kejayaan adalah kesabaran yang tinggi...

Ujian Karakter Dalam Temuduga Kerja




Character Test adalah soalan situasi yang digunakan oleh sesebuah syarikat bagi menilai karakter bakal pekerja mereka. Terdapat juga sesetengah syarikat besar melantik konsultan bagi menguruskan ujian karakter ini.
.
Antara soalan yang boleh mereka ajukan adalah seperti dibawah ini. Kami sangat galakkan anda untuk turut serta dalam ujian ini sebagai latihan persediaan untuk diri anda.
.
[Situasi] : Anda memandu kereta dalam keadaan keletihan pulang ke rumah setelah melakukan tugasan tambahan di pejabat. Jam menunjukkan 2.00 pagi dan anda ingin cepat sampai ke rumah. Jarak 100 meter lagi anda akan tiba di satu persimpangan. Dari jauh anda ternampak lampu isyarat bertukar kepada merah.
.
[Soalan] : Apakah tindakan anda pada persimpangan tersebut?

Graduan Menganggur Lebih 100 Ribu Setiap Tahun




Anda seorang graduan? Ketahuilah pelbagai cabang jalan yang bakal anda lalui selepas ini mengikut pilihan anda sendiri atau mengikut telunjuk daripada keluarga anda.
.
Usah sempitkan pemikiran anda jika satu jalan pilihan anda sukar ditembusi. Tukar jalan lain atau perkemaskan diri anda! dan cuba lagi. Hidup anda, andalah pemandunya.
.
Ramai graduan yang kecewa dengan usaha mereka dek kerana mereka hanya tumpukan hanya pada satu jalan sahaja. Hakikatnya anda mempunyai pelbagai jalan yang boleh dilalui.
.
Ukuran semasa persekolahan adalah gred yang hebat. Berlainan pula ukuran selepas persekolahan. Anda dianugerahkan kehidupan yang lebih baik jika anda bijak membina ekonomi diri. Ya...wang!

Impian Menjadi Kenyataan




Sejak daripada kecil lagi kita ada banyak angan-angan, impian. Lihat sahaja rancangan Ultraman Taro, Gaban dan superpower lain, habis sahaja rancangan masing-masing bertebaran keluar rumah ikat towel dibelakang leher.
.
Ada yang melompat-lompat, ada yang panjat ke atas pokok. Begitu juga bagi perempuan yang bermain masak-masak dengan impian besar nanti ingin jadi seorang chef yang berjaya.
.
Tiba pada usia yang meningkat, ramai yang berhenti berangan-angan. Mereka keliru dengan angan-angan Mat Jenin dan angan-angan yang sebenar hingga takut untuk cuba berangan-angan.
.
Ketahuilah, banyak kejayaan bermula dengan angan-angan yang nampak biasa tetapi mencipta kejayaan yang luar biasa. Usah berhenti berangan-angan. Beranikan diri berangan-angan dan cipta jalan menuju ke arahnya.
.
You can do it!

Dunia Fizik Vs Alam Pekerjaan




Anda seorang pelajar fizik? Prinsip Bernoulli mengatakan sesuatu yang berkelajuan tinggi menghasilkan tekanan yang rendah. Prinsip ini digunakan secara meluas dalam bidang penerbangan sehingga hari ini.
.
Tekanan yang rendah di atas sayap memaksa tekanan tinggi dibawah sayap mengapungkan kapal terbang di udara. Untuk terus maju dalam hidup, sentiasa lakukan tindakan ke arah kejayaan dengan pantas. Ya...pantas melihat peluang yang ada.
.
Mereka yang berjaya sentiasa pantas melakukan tindakan. Bak kata pepatah orang tua, "Siapa cepat dia yang dapat". Pantas bertindak buatkan banyak kejayaan bertekanan tinggi mengapungkan diri anda tinggi ke atas. Atas itu kekayaan!

.
FAKTA CONCORDE
================
.
Concorde adalah sebuah pesawat penumpang berkelajuan supersonik 1350mph = 2172.614 kmph. Boleh membawa 100 penumpang dan 9 krew. Melakukan penerbangan dari London ke New York (5567.11km) dengan hanya 3.5 Jam sahaja berbanding pesawat Boieng 747 (7.5 Jam penerbangan).
.
Ia seperti jarak perjalanan dari Perlis ke Johor sebanyak 7 kali dalam masa 3.5 Jam perjalanan. Ya...sangat pantas! Terlibat dalam satu nahas penerbangan pada 25 Julai 2000 - Air France Flight 4590 yang mengorbankan kesemua penumpang dan krew. Perkhidmatan Concorde kini telah ditamatkan pada 26 Nov 2003.

Kebolehan Tersembunyi Dalam Diri




Kekuatan sebenar anda berada di dalam diri anda. Tiada siapa tahu sejauh mana keupayaan anda boleh menjangkau melainkan anda sendiri.
.
Ramai orang menyembunyikan kebolehan sendiri dek kerana emosi yang tidak mengena pada tempatnya. Malu, takut, rasa rendah diri dan banyak berfikir tentang tanggapan orang lain terhadap mereka.
.
Bina kejayaan bermula dari dalam diri anda. Kejayaan dari dalam akan terpancar keluar. Iceberg berdiri tegak, kuat dan kukuh kerana kekuatan ais dibawahnya (didalamnya).
.
Kejayaan anda diluar penyumbang terbesarnya adalah dalaman diri anda. Ubah cara anda berfikir, ubah sikap anda ke arah yang lebih positif. Ingat ini "Inner create outer!".

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)



Job Vacancies At Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

-  Pejabat PTPTN Negeri Melaka

1. Eksekutif Pemasaran

Closing date 15 February 2015

Application can be made through PTPTN online application form

Vacancies Details CLICK HERE
Online application CLICK HERE

Tindakan Positif Hasil Positif




Langkah terbaik untuk melihat pemikiran anda sama ada di tahap yang sihat dan positif adalah dengan melihat bagaimana anda bertindakbalas terhadap sesuatu kejadian kepada diri anda. Huraian dibawah tindakan positif hasil positif.


Apa sahaja perkara yang berlaku kepada diri anda, ia juga ada kemungkinan berlaku kepada orang lain. Bezanya adalah bagaimana anda bertindakbalas. 


Adakah anda terima dengan hati terbuka atau anda meraung tanda kecewa? Mereka yang mencapai pelbagai kejayaan memilih untuk memberi tindakbalas yang positif bagi setiap apa yang menimpa diri mereka.

Semua yang berlaku, baik atau buruk semuanya mempunyai hikmah tersembunyi. Sentiasa bersangka baik dan yakin ia satu proses pembelajaran untuk mencapai lebih lagi kejayaan.

Dengan sikap positif dan pemikiran yg positif pasti akan membuahkan hasil yang terbaik diatas kesabaran anda.

Kos Pendidikan Di Malaysia


Adakah ini scenario anda? Apabila tamat sahaja pendidikan di peringkat menengah, anda tercari-cari institusi pengajian tinggi manakah untuk anda melanjutkan pengajian.
.
Kos pendidikan di peringkat rendah mahupun menengah adalah kos yang masih boleh ditanggung oleh keluarga. Hanya menjangkau ratusan ringgit. Ia berbeza pula bagi kos pendidikan peringkat tinggi yang menjangkau puluhan ribu ringgit.


.
Hanya sesetengah ibubapa sahaja mampu menanggung kos pendidikan anak mereka. Mereka yang lain akan mula mencari pinjaman pelajaran bernilai puluhan ribu ini bagi meneruskan pelajaran dengan harapan mendapat pekerjaan yang baik serta gaji yang lumayan bagi membayar kembali pinjaman.
.
Disebabkan pelbagai faktor di pasaran, permintaan dan penawaran, faktor perkembangan teknologi yang menurunkan penggunaan tenaga manusia dan pelbagai lagi, ada sesetengah graduan tercicir di perjalanan selepas tamat pengajian mereka.
.
Dengan tekanan pinjaman pelajaran, faktor gaya hidup dan keadaan ekonomi semasa, ia memberikan tekanan yang hebat kepada anak muda yang bergelar graduan yang baru sahaja mula mengenali dunia pekerjaan, dunia berdikari.
.
Pandang dari sudut positif anda bakal mendapat jawapan yang positif. Begitu juga sebaliknya jika anda memandang dari sudut negatif. Jika ini yang berlaku kepada anda, apakah solusinya? Cipta kejayaan cemerlang untuk menukar status pinjaman kepada biasiswa atau tambah cabang pendapatan anda.

Ijazah Sarjana Muda Perguruan KPM


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).


1. KETERANGAN PROGRAM  
 
1.1 Nama Program :
  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Wednesday, February 4, 2015

Polis Diraja Malaysia (PDRM)



Police consists of 113.426 officers and members. This membership show the diversity of tasks carried out by the police, of the general duty of doing traditional tasks of policing and always side by side with the people, until the General Operations Force running tasks 'non-regulatory' such as prevention of illegal immigrants and the fight against the rise of terrorist communists once. In carrying out the mandate and responsibilities entrusted with the responsibility of the people, the police are assisted by a support group made up of Additional Police, Police Volunteers, Auxiliary Police, Police Cadets and civil servants. This group plays an important role in determining the safety and welfare of the country.

Job Vacancies At Polis Diraja Malaysia (PDRM)

1. Konstable Sukarelawan Polis (Walk-In Interview)

From 9 to 13 February 2015

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)



UPNM was formerly known as Akedemi Tentera Malaysia (ATMA) or the Malaysian Armed Forces Academy which was established on June 1, 1995. The institution was also branded as the sole organization responsible in upgrading the knowledge and academic status of the armed forces by offering bachelor degree courses in fields of engineering, sciences and managements while not neglecting the basic requirements of military training. Though the university was not too long ago established, it has already chalked up over 11 years of experience in education and training since 1995 with over 1000 graduates in the fields of engineering, computer science and management. These graduates have all been successfully inducted and now suit as full officers in the Malaysian Army, Royal Malaysian Navy, Royal Malaysian Air Force, also in other Government Sectors and Non Government Sectors.

Walk-In Interview Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)



The objective of KKM is to assist an individual in achieving and sustaining as well as maintaining a certain level of health status to further facilitate them in leading a productive lifestyle - economically and socially. This could be materialised by introducing or providing a promotional and preventive approaches, other than an efficient treatment and rehabilitation services, which is suitable and effective, whilst priorities on the less fortunate groups.The Ministry of Health will continue to grow with the increase of health facilities each year. The ministry also serves as a reference from neighbouring countries in a variety of medical technologies and methods such as Cardiology and Geriatric medicine. The focus of the ministry is now more extensive especially in providing equitable, accessible and quality health facilities. This development is consistent with the pattern shift in environmental health, health technology development globally and liberally pursuant to the changes of diseases, health, environment and technological development in the world.